Proses Pengendalian Pengurusan Islam
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga dapat kami menyempurnakan segala tugasan yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Maruwiah Ahmat yang telah memberikan bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini.
PENDAHULUAN
Di dalam pengurusan Islam asas pengurusan merupakan perkara yang perlu diberi penekanan bagi mencapai sesuatu matlamat. Asas pengurusan Islam ini lebih kepada cara sesebuah organisasi mengendalikan syarikatnya mengikut undang-undang Islam yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas pengurusan Islam dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Takhtit(perancangan), Tanzim(Penyusunan), Qiyadah(kepimpinan) dan Wiqayah(pengawasan). Takhtit atau juga disebut sebagai perancangan didefinisikan sebagai usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Seperti yang kita ketahui, perancangan merupakan aspek paling penting dalam pengurusan. Rasullulah S.A.W. sendiri mempraktikan asas pengurusan ini dalam perancangan dakwahnya iaitu secara sulit dan terang-terangan di Mekah, perancangan Hijrah dan perancangan menyusun negara Madinah. Takhtit mempunyai prinsip, kepentingan dan prosesnya yang tersendiri.
Takhtit (Perancangan)
Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Menurut Ustaz Azizee, perancangan takhtit dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat penting untuk memenangkan dakwah.[1] Perancangan di dalam dakwah melalui fasa-fasa yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Takhtit mempunyai empat prinsip perancangan iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai perancangan, dilaksanakan secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali segala keputusan ditentukan oleh Allah S.W.T. Seterusnya, sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat perancangan terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana setiap perancangan yang dilakukan adalah untuk menentukan jangkamasa kerja dan kos yang terlibat, menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi dan pelaksanaan kerja.
Bukan itu sahaja, perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri. Proses yang pertama ialah mengenalpasti matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan. Objektif tersebut mestilah rasional, praktikal, boleh diukur dan boleh dicapai. Matlamat sesuatu perancangan juga mestilah berhairerki dan rangkaian. Proses yang kedua ialah menilai keupayaan sumber dan persekitaraan. Aktiviti yang dirancang oleh sesebuah organisasi itu perlulah menghitung jumlah bajet yang mencukupi, bekalan atau sumber juga semuanya mudah didapati dan melihat keadaan persekitaran samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dilaksanakan dilokasi yang dipilih oleh organisasi. Walhal, aspek ramalan, kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang bakal dihadapi juga perlu dikenalpasti kerana aspek ini juga merupakan proses yang sangat penting didalam perancangan. Proses perancangan yang terakhir ialah membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin dilaksanakan. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang, pihak organisasi perlulah mengatur strategi yang sistematik agar matlamat perancangan tersebut berjaya dicapai.
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang teladan yang baik untuk kita ikuti dalam membuat sebarang perancangan. Baginda telah banyak terlibat dalam perancangan membangunkan masyarakat Islam seperti berdakwah. contohnya Rasulullah S.A.W. telah menggunakan dua strategik ketika melaksanakan dakwahnya iaitu Rasulullah S.A.W. telah berdakwah secara rahsia selama 13 tahun hanya dengan ahli keluarganya dan sahabat rapatnya sebelum baginda diizinkan oleh Allah untuk berdakwah secara terang-terangan. Manakala, secara terang-terangan pula baginda mula memperluaskan dakwahnya dengan Bani Hasyim dan penduduk sekitar di Mekah. Firman Allah S.A.W. : “maka siarkanlah apa-apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik” (Al-Hijr 94).
Tanzim (Pengorganisasian)
Tanzim didefinikan sebagai satu kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Maksud Tanzim dari segi bahasa ialah mengumpulkan sesuatu serta menyusun dan menyelaraskannya. Dari segi istilah pula Tanzim beerti kewujudan sekumpulan manusia yang tersusun, mempunyai penyelarasan, keserasian dan hubungan yang rapat di antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Pengurusan tanzim mempunyai asasnya yang tersendiri antaranya ialah menentukan dan menjelaskan misi organisasi kepada anggota dan bukan anggota agar sesuatu rancangan dapat difahami oleh semua anggota dan perancangan dapat berjalan dengan baik. Asas pengurusan tanzim yang kedua ialah sentiasa menganalisa kekuatan dan kekurangan dalaman organisasi. Konteks ini membawa maksud sesebuah organisasi perlulah membuat perancangan yang mampu dicapai bukannya diluar kemampuan organisasi tersebut. Seterusnya, asas yang ketiga ialah menilai setiap peluang dan ancaman luaran organisasi. Sebelum membuat sesuatu rancangan, sesebuah organisasi perlulah terlebih dahulu mengenali siapa saingannya. Asas yang keempat ialah menjelaskan objektif yang hendak dicapai. Asas pengurusan tanzim yang terakhir ialah membentuk strategik dan pelan tindakan.
Kewujudan tanzim akan merealisasikan beberapa faedah penting kepada individu dan jamaah antaranya ialah tanzim haraki merupakan antara factor penting kejayaan jamaah. Hal ini demikian kerana ia mampu menolong jamaah mencapai matlamatnya dalam masa yang singkat. Menurut Ahmad Abd al-Mun’im al-Badri (33), tanzim membekalkan kekuatan yang padu kepada jamaah ketika melaksanakan amal dan menghasilkan produk, berbanding jika setiap individu di dalam jamaah bekerja seorang diri dengan kemampuan yang tersendiri dalam keadaan terasing daripada individu-individu yang lain. Ini disebabkan Allah S.W.T. memberkati usaha-usaha individu jika dia berada di dalam satu jamaah yang tersusun. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tangan Allah bersama jamaah. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kemantapan diri sendiri untuk keteguhan tanzim di dalam diri mereka. Allah S.W.T. berfirman: “Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan saudaramu.”[6] Faedah yang lain ialah tanzim melindungi individu daripada masyarakat yang memusuhi Islam, sentiasa bersedia berhadapan dengan dasar-dasar yang mampu menyesatkan umat islam.
Qiyadah ( Kepimpinan )
Qiyadah bermaksud kepimpinan. Dari segi bahasa Qiyadah bermaksud menyelia atau mengawasi. Qiadah dari segi istilah pula adalah melaksanakan tugas yang dikhususkan kepadanya dan menyelia serta mengawasi orang lain yang di bawahnya.[8] Penyeliaan dalam bahasa Arab dipanggil Al-Taujih.[9] Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus setiap peringkat pengurusan untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan atau masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Dalam hal ini, Qiyadah dikaitkan dengan merangsang pekerja bahawan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai. Selain itu, menentukan visi dan hala tuju organisasi dipatuhi. Seterusnya, menjadi penghubung atau juruacara sesebuah organisasi.
Qiyadah juga sering dikaitkan dengan pemimpin unggul. Antara contoh pemimpin unggul adalah adil. Seorang pemimpin hendaklah adil dalam melaksanakan sesuatu tugas agar segala perkara terlaksana dengan harmoni tanpa sebarang pertelingkahan.
Zaman Rasulullah SAW semasa menjalankan sistem Qiyadah
Pada Zaman Rasullullah s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi amat wajar dijadikan uswah hasanah. Sewaktu baginda menjadi pemimpin, baginda sering bersabar menghadapi sebarang kesukaran dan menjaga rahsia daripada bocor ke tangan musuh yang lain dengan apa jua cara sekalipun. Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. Baginda juga sering menjiwai bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah besar dan berat.
Apabila berlaku perselisihan di kalangan mereka – hendaklah dirujuk kepada Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w.”Perkembangan ini menjelaskan keagungan dan kekuasaan mutlak Rasulullah s.a.w. dalam semua hal; awam, politik, ketenteraan, kehakiman dan lain-lain diiktiraf oleh penduduk Madinah. Rasulullah s.a.w adalah seorang pemimpin yang sangat berjaya sewaktu pemerintahan beliau dalam membangunkan umat di seluruh penduduk Madinah pada ketika itu.
KEWAJIPAN SEORANG PEMIMPIN:
Terdapat beberapa kewajipan seorang pemimpin yang perlu kita pelajari. Antaranya adalah bekerjasama dalam melaksanakan syariah Islamiyah. Contohnya, melalui organisasi, jabatan dan unit pengurusan, seseorang ketua dan pemimpin boleh memainkan peranannya menggalakkan amal makruf dan nahi mungkar. Syariah Islamiyah terlaksana apabila budaya, etika dan prinsip kerja dalam organisasi itu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Apabila umat islam merujuk sumber al-Quran dan al-Sunnah maka segala urusan dapat dijalankan dengan baik dan tidak mempunyai sebarang kesalahan dari segi hukum.
Seterusnya pula adalah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur. Dalam hal ini, ketua dan pemimpin diberikan kuasa, tanggungjawab serta ganjaran, upah dan gaji yang setimpal. Namun begitu, mereka tidak wajar sekadar menyempurnakan tugas sebagai pemimpin atau ketua semata-mata. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur.
Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)
Dari segi bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan pengawalan. Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak. Pengawasan dalam bahasa Arab ialah raqabah dan muraqabah.[12] Memastikan semua aspek pengurusan saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan. Ia juga sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Seperti yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah memang tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan bagi sesebuah organisasi.
Oleh itu, pengawasan adalah sangat penting bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindarkan sebarang masalah besar berlaku. Mendedahkan mana-mana kesilapan yang berlaku dalam pengurusan. Membetulkan sebarang kesilapan penyelewengan dengan tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang. Kebijaksanaan pengurus amat diperlukan dalam hal ini kerana dalam proses ini, manusia yang diawasi itu punyai perasaan, maka sewajarnya dibezakan kaedah mengurus atau mengawal manusia dan mesin. Pengawasan dan pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan, pengawasan sangat penting bagi memastikan sesuatu organisasi dapat dilaksanakan dengan terkawal tanpa sebarang gangguan dari mana-mana orang atau masalah yang tidak sepatutnya timbul.
JENIS PENGAWASAN DALAM PENGURUSAN ISLAM
Antaranya adalah pengawasan dalaman diri manusia atau kendiri.[13] Pengurusan Islam amat mementingkan pengawasan dalaman diri manusia sendiri. Setiap manusia seharusnya faham bahawa mereka adalah khalifah serta hamba kepada Allah. Sebagai khalifah mereka mesti jelas mereka diutus untuk mengatur atau melicinkan perjalanan alam.
Sebagai hamba, manusia akan patuh kepada segala arahan Penciptanya. Seterusnya, pengawasan dalam masyarakat juga adalah salah satu lagi antara pengawasan dalam pengurusan Islam.
Pesanan Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali bin Abi Talib:
“Aku lantik engkau dan aku sentiasa mengawasimu, oleh itu nampakkanlah pada mata orang ramai bahawa engkau mengutamakan golongan yang berkedudukan rendah daripada golongan orang mulia yang lemah mendahului yang kuat dan golongan perempuan mendahului golongan lelaki, jangan sekali-kali kemu benarkan orang lain mencapai urusan engkau, dan selalulah merujuk kepada al-Quran itu adalah panduan kamu. Pengawas yang sebenarnya adalah dari dalam diri manusia itu sendiri”
FIQH AL-AWLAWIYAT DALAM PENGURUSAN ISLAM
Istilah ini terdiri dari dua perkataan. Pertama ialah “Fiqh” yang bermaksud kefahaman. Lazimnya ia dikaitkan dengan hukum, maka dengan itu ia bermaksud kefahaman terhadap sesuatu hukum. Al-Awlawiyat berasal dari perkataan “Awla” yang bermaksud utama, unggul dan penting. Apabila dihubungkan menjadi Fiqh al-Awlawiyat, ia bermaksud kefahaman dalam membezakan hukum ke arah yang lebih utama, lebih unggul dan lebih penting. Secara ejaan, Fiqh al-Awlawiyat tidak wujud di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi secara maksud dan konsep, ia wujud secara jelas di dalam kedua-dua sumber mulia tersebut.
Fiqh Al-Awlawiyat mempunyai dua larangan yang saling bertembung, contoh situasi yang dapat dijelaskan adalah seperti berikut: Katakanlah kita berhadapan dengan dua larangan dalam satu masa, larangan pertama hukumnya makruh manakala larangan kedua hukumnya haram. Maka tindakan yang benar ialah menjauhi kedua-duanya. Seterusnya, katakanlah kita hanya mampu menjauhi salah satu darinya, maka tindakan yang lebih utama ialah menjauhkan larangan yang hukumnya haram.
Kes seumpama ini pernah disentuh oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah. Dan(ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).[15]
Dalam ayat tersebut, umat Islam berhadapan dengan dua larangan yang saling bertembung dalam satu masa:
Larangan yang pertama adalah berperang dalam bulan-bulan yang dihormati, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Peperangan memiliki mafsadat di sebaliknya seperti kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, maka larangan berperang pada bulan-bulan yang dihormati adalah bagi mengurangi mafsadat tersebut. Larangan kedua pula adalah membiarkan musuh-musuh menghalangi umat Islam dari jalan Allah, khasnya menghalang umat Islam dari memasuki Kota Mekah untuk beribadah di Masjid al-Haram sekali pun dalam bulan-bulan yang dihormati. Jika dibiarkan, tindakan musuh ini akan memberi mafsadat kepada Islam dan umatnya.
Fiqh al-Awlawiyat sangat penting diamalkan sehingga kini kerana ianya boleh membantu umat Islam dalam menyelesaikan sesuatu hukum. Sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan mengenai hukum dalam Islam, umat Islam bolehlah merujuk Fiqh al-Awlawiyat bagi mengetahui hukum tersebut boleh diterima dalam Islam ataupun tidak.
ULASAN....
Sebagai umat islam kita untuk mengikuti jalan yang benar dan tidak dipengaruhi oleh kuasa barat dan sentiasa menjaga segala peraturan atau syariah untuk melaksanakan pengurusan islam.generasi muda hendaklah berusaha dalam menuntut ilmu bukan sahaja ilmu fardhu ain malahan fardhu kifayah juga agar Negara kita dapat menjadi salah sebuah Negara Islam yang maju di mata dunia.
RUJUKAN
American Psychological Association (APA)
Ahmad Nursadi Asmawi. (2009). Fiqh Al-Awlawiyat ( Fiqh Keutamaan ). Selangor
Darul Ehsan: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim. (2008). Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan
Islam. Perpustakaan Negara Malaysia: Universiti Utara Malaysia.
Ab. Mumin Ab. Ghani. (2006). Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Ahmad Abd al-Mun’im. (1998). Tanzim Hierarki dalam Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Abdullah. (2004). Pengurusan Organisasi (Perspektif Pemikiran dan Teori). Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia.
Modern Language Association (MLA)
Ahmad Nursadi Asmawi. Fiqh Al-Awlawiyat ( Fiqh Keutamaan ). Selangor Darul Ehsan: Thinker’s Library Sdn. Bhd., 2009.
Asmadi Mohamed Naim. Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Perpustakaan Negara Malaysia: Universiti Utara Malaysia, 2008.
Ab. Mumin Ab. Ghani. Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2006.
Ahmad Abd al-Mun’im. Tanzim Hierarki dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., 1998.
Abdul Shukor Abdullah. Pengurusan Organisasi (Perspektif Pemikiran dan Teori). Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia., 2004.
[2] Abdul Shukor Abdullah, 1993. Pengurusan Organisasi (Perspektif Pemikiran dan Teori). Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia. hlm.3.
[3]Ibid, hlm.5.
[4] Mohamad Shaid Mohd Taufek, 2000: 126
[5]Riwayat al-Tarmizi daripada Ibnu Abbas.
[6] Al-Qasas: 35
[7] Al-‘Asr: 3
[8] Ahmad Abd al-Mun’im al-Badri, 1998. Tanzim Haraki Dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. hlm.41.
[9] Asmadi Mohamed Naim, 2003. Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Perpustakaan Negara Malaysia: Universiti Utara Malaysia. hlm.65.
[10] Ab. Mumin Ab. Ghani, Fadillah Mansor, 2006. Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm.175.
[11] Ibid, hlm.176.
[12] Asmadi Mohamed Naim, op.cit., hlm.67.
[13] Ibid, hlm.68.
[14] Ab. Mumin Ab. Ghani, Fadillah Mansor, op.cit., hlm.91.
[15] Al-Baqarah 2:217
[16] Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, 2009. Fiqh Al-Awlawiyat (Fiqh Keutamaan). Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd, hlm.27.
[17] Hafiz Firdaus Abdullah. Fiqh Al-Awlawiyat dan Kepentingannya kepada umat Islam mutakhir ini. hlm.2 http://www.hafizfirdaus.com
MGM Grand Casino Hotel and Spa to reopen June 1
ReplyDeleteA casino 순천 출장안마 in the MGM 서귀포 출장마사지 Grand 아산 출장샵 will 광주 출장안마 reopen on June 1, The Associated Press reports. It will include the 1,200 서울특별 출장안마 rooms and a 1,200-room resort