Tuesday, 16 September 2014

OBJEKTIF BLOG

Blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk meneliti pengurusan dalam Islam. Perbincangan selanjutnya meliputi sorotan mengenai pandangan Islam terhadap konsep pengurusan islam, objektif pengurusan islam, proses pengendalian pengurusan islam dan etika kerja islam. Rasa kagum terhadap pencapaian umat Islam terdahulu dalam bidang pengurusan bukan sekadar untuk dikenang, malah ia sebenarnya berperanan untuk merangsang umat Islam hari ini untuk mencipta tamadun yang lebih gemilang dan sentiasa di bawah keredhaan Allah. Di antara objektifnya adalah untuk Memahami konsep dan falsafah ilmu pengurusan dalam tamadun Islam, mengetahui kemunculan peringkat ilmu pengurusan dalam tamadun Islam, menilai isu-isu ilmu pengurusan dalam tamadun Islam secara holistik dan kronologi dan menganalisis data-data ilmu pengurusan dalam tamadun Islam.
        Terdapat 4 tajuk yang akan dibincangkan dalam penulisan ini, di antaranya ialah konsep pengurusan islam, objektif pengurusan islam, proses pengendalian pengurusan islam dan etika kerja islam.
          Walau bagaimanapun telah dijelaskan sumber-sumber artikel yang digunakan. Akhir kata, ambillah apa sahaja ilmu yang ada dalam blog ini sebagai satu perkara yang bermanfaat buat kita pada hari ini.  

No comments:

Post a Comment