Saturday, 27 September 2014

ETIKA KERJA ISLAM

        Etika Pengurusan IslaM



  1. Etika Pengurusan Mengikut Konteks Agama Islam
 
Memandangkan etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam pengurusan organisasi, maka ia turut dititikberatkan dalam pengurusan Islam. Islam melihat etika pengurusan sebagai set nilai-nilai Islam yang diformulasikan dalam suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam memutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi, disenangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar ketentuan syarak.

Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT, menepati semangat tauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segal a bentuk
permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih baik, holistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang berkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dan kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etika dalam Islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil naqli dan dalil 'aqli.

(i) Dalil Naqli

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amr' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 

 
Bertepatan dengan penurunan al-Qur'an yang tidak terbatas kepacta sesetengah kelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Qur'an memainkan peranan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan penjelasan kepada umat manusia, al-Qur'an turut merupakan sumber yang
berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara29 serta berperanan sebagai petunjuk dalam membezakan antara yang betul (~aq) dan yang salah (bari!). Di samping itu, segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada Rasulullah s. 'aw merupakan surnber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.'a.w adalah berdasarkan wahyu Allah,
bukan menurut kemahuan nafsu Baginda.

Ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berhubung akhIak dalam Islam disentuh dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada umat manusia bagi mendepani segal a permasalahan yang timbul dari segenap aspek kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etika
Islam dinyatakan dalam bentuk suruhan/galakan31 serta ganjaran/faedah yang akan diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan/tegahan32 agar menjauhi sesuatu nilai/perbuatan yang mendatangkan impak negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.

(ii) Dalil 'Aqli

Meskipun Islam menganggap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti, namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu kepada wahyu.33 Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia diiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah
memandu kepada kebenaran serta kebaikan. 34 Banyak sekali ayat al-Qur'an menerangkan perihal kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dan sentiasa berfikir.35 Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu menjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak.
Sungguhpun demikian, nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan akal, pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat semen tara dan relatif iaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperJuan semasa lantaran keupayaan manusia yang terhad. Justeru, Islam melihat peranan akal, bisikan kalbu
(naluri) serta pengalaman silam dalam skop yang terhad di mana ketiga-tiganya hanya boleh diterimapakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti.36 Kedua-dua sumber di atas sewajarnya diambilkira da!am memformulasikan suatu set etika pengurusan Islam. Sumber ketuhanan (naqli) yang bersifat mutlak akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakala sumber kemanusiaan ('aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilainilai relatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan nilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan suatu kesepaduan dan kejituan dalam menilai qan menentukan sarna ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalam erti kata yang sebenar - bersesuaian dengan realiti semasa, memenuhi keperluan sejagat dan bertepatan dengan syariat Islam.
Rentetan daripada pengaplikasian sumber-sumber di atas, beberapa prinsip perlu dijadikan tonggak/asas dalam pembentukan dan pembudayaan kod etika pengurus an sesebuah organisasi. Ini termasuklah:

(a) Keimanan
Iman merupakan teras kepada semua bentuk amalan dalam Islam.38 Roh iman, Islam dan ihsan yang dihayati sepenuhnya akan terserlah melalui ibadat seharian, aktiviti rutin dan akhlak manusia itu sendiri. Dengan demikian, umat Islam akan sentiasa tunduk patuh dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan laranganNya. Ini telah digambarkan dalam ayat berikut: "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benamya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ... "39 Dalam konteks etika pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Mereka yang beriman akan melaksanakan segala bentuk amanah yang telah dipertangungjawabkan kepadanya dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan terus berazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari pengawasan Allah adalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Rasa keimanan sebegini di kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan organisasi yang bermoral. 

(b) Keadilan
Pelaksanaan keadilan dalam Islam adalah suatu kewajipan. Prinsip ini amat sesuai diadaptasi dalam pembentukan etika pengurusan organisasi. Ini kerana keadilan dalam Islam tidak hanya membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak, bahkan yang lebih utama ia
mendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya berpandukan ketentuan syarak.Kod etika yang adil akan mengambilkira kepentingan semua pihak terbabit, menyeimbangkan antara keperluan organisasi dan tuntutan masyarakat, memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek
setiap ahli organisasi secara saksama.
 
-Pengaplikasian prinsip keadilan dalam pengurusan menjamin segala yang dirancang berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki, tidak keterlaluan dan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Para pekerja bersikap adil dalam penggunaan sumber, pembahagian masa dan perhubungan sesama rakan sekerja.
Manakala pengurus pula bersikap adil dalam memilih pekerja, membahagikan bebanan tugas, menentukan kadar gaji/upah, mengenakan hukuman, menetapkan corak hubungan dalam organisasi dan sebagainya. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil .. "

c) Kebahagiaan Sejagat

Kesinambungan daripada prinsip keadilan tadi, etika yang ingin dibentuk juga mestilah memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, prinsip kebahagiaan sejagat perlu diambilkira. Selain daripada berfaedah kepada diri sendiri, segala aktiviti pengurusan yang dilakukan juga perlu dipastikan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar budaya, tiada konflik antara kepentingan diri dan masyarakat dan juga perlu bersifat 'mesra alam' . Di samping itu, Islam menuntut agar segal a usaha yang dicurahkan tidak hanya bagi memenuhi tuntutan keduniaan semata-mata, bahkan ia turut membawa natijah yang baik untuk bekalan akhirat kelak. Dengan dernikian, matlamat kebahagiaan sejagat sebagaimana yang diketengahkan oleh Islam yang lebih menyeluruh sifatnya dapat disebarluaskan

• Sumber
Kemarnpuan akal, naluri dan pengalarnan untuk dijadikan sebagai sumber dan kriteria utarna dalarn menilai serta menentukan sesuatu perkara itu sarna ada baik atau buruk, betul atau salah secara tepat sering dipersoalkan. Ini kerana tahap pemikiran, penaakulan, penafsiran dan pemaharnan tentang sesuatu peristiwa adalah berbeza-beza di antara individu. Pergantungan secara total kepada akaI dalam menilai dan memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang kurang tepat dan boleh dipertikaikan kesahihannya. Pertimbangan akal seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, takut kepada pihakpihak tertentu dan juga pengaruh hawa nafsu terhadap pangkat, kemasyhuran dan kemewahan. Akibatnya, keputusan/tindakan yang diambil tersasar daripada rnatlarnat sebenar lantaran akal tidak didasari oleh satu asas yang kukuh dan sah. Justeru, Islam menggesa umatnya agar mempergunakan akal sebaik mungkin dengan bimbingan wahyu agar nilai-nilai relalif yang diputuskan selari dengan illlaiilliai universal yang sedia ada.

Sebagaimana akal, pengambilan naluri sebagai sumber utama dalam menentukan etika manusia juga merupakan satu kesilapan. Meskipun fitrah naluri manusia cenderung ke arah kebaikan dan tidak senang dengan keburukan, tetapi ukuran kecenderungan tersebut sebenarnya sukar dipastikan. Hal ini terjadi disebabkan oleh sifat dan sikap manusia itu sendiri yang cenderung untuk melakukan apa sahaja bagi memenuhi naluri, keinginan dan kepentingan diri mereka, walaupun ianya salah dan tidak adil kepada masyarakat umum. Lantaran itu, bisikan kalbu enaluri) manusia hanya boleh diterimapakai seadanya setelah disaring dan dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti.

• Prinsip dan Nilai
Ketiga-tiga prinsip yang digariskan dalam etika pengurusan Islam tampak simple tetapi cukup bermakna dan agak sukar untuk diimplimentasikan sepenuhnya. Di Barat, pelbagai fahaman dan teori etika telah dikemukakan oleh para ahli pengurusan konvensional. Antaranya termasuklah teori utilitarianism, hedonism, egoism, keadilan dan juga hak-hak moral. Sekali imbas, teori-teori yang dikemukakan didapati hampir menyamai prinsip-prinsip etika Islam dari segi konsep dan teorinya. Namun, hakikatnya kedua-duanya sama sekali berbeza dari
segi roh mahupun praktisnya.
 
Tauhid yang merupakan tonggak utama dalam keimanan, keyakinan dan kepatuhan dalam Islam menunjukkan keunikan hubungan dengan Yang Maha Esa. Ia membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan terhadap makhluk dan membangkitkan kesedaran tentang hakikat kebergantungan hanya
terhadapNya. Ia turut mengintegrasikan aspek kebendaan dan kerohanian dalam hubungan kemanusiaan ke arah matlamat hidup yang sebenar, di mana persoalan sumber, kaedah pengendalian dan impak yang diperolehi sentiasa diambilkira sepanjang usaha penggemblengan al-ma 'riif dan penghapusan al-fasiid. Konsep tauhid yang holistik dan intrinsik ini menyebabkan ia tidak langsung disentuh dalam etika Barat.

Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika Islam inilah yang akan menghasilkan kombinasi mantap nilai-nilai yang amat sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan organisasi. Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme, kualiti dan peribadi merupakan empat komponen nilai terpenting yang perlu diberi perhatian dan penekanan seimbang. Meskipun etika pengurusan konvensional turut menitikberatkan nilai kualiti dan profesional dalam kerja, namun nilai-nilai keagamaan dan peribadi mulia sarna sekali dipinggirkan. Ini sejajar dengan jiwa dan pemikiran para moralis Barat yang hanya mementingkan nilai dan etika yang hanya  membawa keuntungan kebendaan semata-mata.

Di peringkat organisasi pula, etika pengurusan Islam mampu berperanan dalam memastikan kualiti hasil keluaran organisasi. Asirnilasi antara nilai-nilai murni di dalam kod etika pengurusan akan mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengurusan berkualiti dan seterusnya membawa kepada penghasilan baranganlperkhidmatan
yang bermutu tinggi. Nilai-nilai seperti tekun, istiqamah, akauntabiliti, kolektif (syura), kreatif, inovatif, berilmu dan berkemahiran mampu menjana ahli organisasi agar lebih cekap dan berkesan dalam kerja yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam menghasilkan jumlah output yang bermutu. Kemampuan organisasi untuk terus menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tanpa sebarang kesan sampingan yang memudharatkan mana-mana pihak bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup berterusan, bahkan turut mencerrninkan kecemerlangan hasil organisasi.

Ulasan:

  Pengurusan Islam yang berasaskan falsafah tauhid menyediakan ruang kepada manusia untuk melahirkan rasa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah kepada Allah s.w.t. Mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggung jawabkan kepada mereka di akhirat kelak. pembudayaan etika pengurusan Islam dilihat mampu menunaikan tanggungjawab sosial kepada semua pihak berkepentingan.






No comments:

Post a Comment