Pengenalan Pengurusan Islam
DEFINISI UMUM PENGURUSAN
Pengurusan menurut takrif popular dan ringkas yang diberikan oleh Mary Parker Follet adalah disifatkan sebagai seni melakukan perkara tertentu untuk tujuan tertentu melalui orang-orang lain.[1] Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga takrif yang boleh difahami daripada istilah pengurusan iaitu pengurusan bermaksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja tersebut. Beliau juga mengistilahkannya sebagai pengurusan sesebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah.[2] Ahli lembaga pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dalam syarikat tersebut serta ahli bukan eksekutif .Selain itu, L. D. White pula mendefinisikan pengurusan sebagai menyelaraskan tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara. Menurut Muhd. A. Al-Buraey pula pengurusan bermaksud menyelaraskan tenaga manusia sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.[3] Tambahan lagi, Ahmad Ibrahim Abu Sin mengistilahkannya sebagai suatu kajian ilmiah/kesenian terhadap bakat kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus. Seperkara lagi, beliau mendefinisikan hal ini sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Akhir sekali, Taji, sarjana India mendefinisikan pengurusan sebagai melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama kelompok.
DEFINISI UMUM PENTADBIRAN
Pendapat Anderson yang selari dengan mereka di mana fungsi dan tanggungjawab pentadbir atau pengurus lebih diberi keutamaan untuk mengatur segala urusan perniagaan.[4] Dalam rangka yang agak selari juga, Abdul Rahim dan Shahrul Bariah berpendapat bahawa pentadbiran adalah lebih melibatkan fungsi yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Di samping itu, Gladden pula mengistilahkan sebagai mengurus dan mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan. H. G. Federickson mentakrifkan pentadbiran sebagai mentadbir negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan social.[5]
PERBEZAAN ANTARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Orientasi Pentadbiran lebih mementingkan fungsi dan tanggungjawab pentadbiran manakala orientasi pengurusan lebih menekankan perjawatan, kekuasaan dan matlamat keuntungan. Proses membuat keputusandalam pentadbiranitu dicapai melalui keputusan dalam pentadbiran itu dicapai melalui keputusan bersama sesebuah jawatankuasa manakala dalam pengurusan, proses membuat keputusan bergantung kepada hierarki sesebuah institusi korporat. Tambahan lagi, pentadbiran ialah perlaksanaan tidak melibatkan perubahan dasar, pengurusan sebaliknya. Pentadbiran tidak terlibat dalam membuat keputusan, pengurusan menentukan keputusan. Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia, sistem perlaksaan dan penyelarasan untuk mencapai matlamat organisasi.
DEFINISI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Kitab suci Al-Quran ada menyebut tentang pengurusan dan pentadbiran. Hal ini dapat dijelaskan melalui ayat-ayat berikut:
“Tanyalah kepada mereka (yang musyrik itu) : Siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbir urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaanpertanyaan tersebut) maka mereka yang musyrik itu tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata : Allah jugalah yang menguasai segala-galanya. Oleh itu katakanlah : Jika kamu mengakui yang demikian, mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Surah Al-Yunus : 31
HIERARKI KEUTAMAAN PENGURUSAN
Hierarki pertama dalam hierarki keutamaan dalam pengurusan adalah Dharuriyyatt. Dharuriyyatt merupakan urusan yang amat penting yang tanpanya manusia tidak mencapai kebahagiaan ukhrawi. Selain itu, hal ini juga merujuk kepada segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tidak dapat dipenuhi maka akan berlakunya kepincangan dalam kehidupan. Hak-hak yang perlu dipelihara termasuklah Din (Agama), jiwa, akal, keturunan dan harta benda.
Seperkara lagi, hierarki yang kedua pula ialah Hajiyyatt. Hajiyyatt ialah keperluan manusia, ia menghilangkan kesulitan serta memudahkan mu’amalat. Di samping itu, hal ini membawa erti yang sama dengan maksud segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan kemudahan dan menghindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka.
Akhir sekali, hierarki yang ketiga ialah Tahsiniyyat. Tahsiniyyat merujuk kepada nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. Segala benda yang ada di muka bumi ini yang mendatangkan keselesaan dalam kehidupan manusia.
FUNGSI PENGURUSAN
fungsi pengurusan dalam kehidupan ialah merancang. Pengurusan memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan dan mencipta rancangan untuk dilaksanakan. Merancang juga menentukan tujuan dan perencanaan merupakan perkara pokok dalam pengurusan. Daya intelek yang dilengkapkan pada manusia oleh Allah S.W.T. akan melahirkan pelbagai cara dan idea untuk menentukan tujuan dan perancangan dalam pengurusan. Segala yang dirancang hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith.
Selain itu, pengurusan juga berfungsi untuk mengatur . Kaedah mengatur yang baik dengan menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
Seperkara lagi, mengawal dan mengawas juga merupakan fungsi pengurusan. Dalam mengurus sesuatu perkara, kita akan memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut berdasarkan maklum balas. Pengawalan diperintahkan ke atas orang Islam dengan cara pengawasan diri dan nasihat-menasihati. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mengikuti dan mengawasi segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam kelakuan manusia.
CIRI-CIRI UMUM PENGURUSAN ISLAM
Ciri-ciri umum bagi pengurusan Islam ialah mempunyai wawasan yang jauh. Pengurusan Islam yang berwawasan jauh dan tinggi dengan sentiasa melakukan yang terbaik dalam mengurus apa juga urusan agar dapat mencapai kemajuan di dunia dan mendapat keredhaan di akhirat kelak.
Tambahan lagi, ikatan yang erat antara pengurusan dengan mesyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak. Seterusnya, pengurus mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan hala cara operasi sesebuah organisasi, menyusun pekerjanya untuk menjalankan tugas dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja di bawahnya agar objektif dan matlamat organisasi boleh dicapai.
Tambahan lagi, pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan iaitu dari segi fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan. Pengurusan yang berhasil akan membawa kesan yang positif kepada individu di mana seseorang itu dapat mencapai kegemilangan dalam hidup. Dari segi ekonomi pula pastinya kestabilan ekonomi negara akan berada dalam tahap yang memuaskan.
Seperkara lagi, pengurusan Islam menekankan nilai kemanusiaan dan kerohanian. Sebarang kezaliman sama sekali tidak diterapkan dalam pengurusan Islam. Sebagai contoh, dalam sebuah syarikat, ibadah wajib dalam Islam amat ditekankan dan diberi kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan dan tuntutan agama dalam kehidupan seharian seperti menunaikan solat walaupun dalam waktu bekerja.
Akhir sekali, menentukan tugas dan tanggungjawab. Setiap mukmin adalah dituntut untuk melakukan amal soleh sama ada untuk kepentingan individu, orang ramai atau sesuatu organisasi. Apabila berada dalam konteks organisasi, pengurus selaku pemimpin bertanggungjawab untuk menentukan tugas-tugas kepada pekerja-pekerjanya. Islam memandang kerja sebagai tanggungjawab dan tanggungjawab ini terletak pada orang yang diamanahkan kerja, yang kemudiannya bertanggungjawab pula kepada manusia dan Allah S.W.T. terhadap apa yang dikerjakan.
CIRI-CIRI KHUSUS PENGURUSAN ISLAM
Ciri-ciri khusus pengurusan Islam yang pertama ialahm Mentauhidkan Allah S.W.T iaitu bukan setakat menolak segala tuhan yang lain dalam apa bentuk sekalipun, tetapi menerima dengan penuh yakin tentang kebesaran, kekuasaan, kekayaan, kemuliaan Allah S.W.T.
Ciri khusus kedua ialah sikap bekerjasama. Kerjasama hendaklah diberikan kepada kedua-dua pihak, pihak yang memerintah dan pihak yang diperintah dan kerjasama dalam perkara-perkara yang baik sahaja. Sifat kerjasama berhubung rapat dengan sifat pengasih. Orang tidak pengasih terhadap sesama manusia dianggap sebagai orang yang tidak akan mendapat perhatian dari Allah S.W.T.
Seterusnya, ciri khusus pengurusan Islam ialah menerapkan kebenaran dalam pengurusan.
Di samping itu, hal ini turut menerapkan keadilan dalam mengurus sesuatu iaitu meletakkan sesuatu (amanat) itu pada yang berhak menerimanya.
Tambahan lagi, melaksanakan syura. Allah SWT telah mewajibkan umat Islam mengadakan permesyuaratan sesame mereka sebelum melakukan sesuatu pekerjaan kecil atau besar khususnya di dalam hal pengurusan. Hal ini merupakan satu penghormatan yang berharga kepada nilai kemanusiaan itu sendiri. Ia sebenarnya merupakan satu pendekatan untuk kestabilan, keutuhan dan keharmonia seluruh umat Islam.
TIGA NILAI PENTING DALAM PENGURUSAN (KEBENARAN, KEADILAN, DAN IHSAN)
Pengurusan yang dibawa oleh Islam melalui ajaran al-Quran dan dihayati oleh Rasulullah s.a.w serta diamalkan pula oleh pengganti baginda khususnya khulafa’ al-Rashidin adalah penumpuan kepada manusia yang dibentuk berasaskan Tauhid.
Tauhid atau mengesakan Allah S.W.T itu bukan setakat menolak segala tuhan yang lain dalam apa bentuk sekalipun, tetapi menerima dengan penuh yakin tentang Kebesaran, Kekuasaan, Kekayaan, Kemuliaan Allah S.W.T serta segala sifatNya yang lain bagi menginsafi bahawa manusia itu adalah hamba yang sangat kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kecuali dengan izinNya. Sehubungan itu, segala urusan di dunia ini hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya di samping meletakkan Allah S.W.T sebagai tujuan segala urusan dan memasang niat bahawa segala pengurusan yang dijalankan adalah kerana-Nya.
Oleh itu, pengurusan perlu dilaksanakan dalam maksud melaksanakan suatu tanggungjawab yang berat yang diamanahkan kepada kita berdasarkan Tauhid yang bercirikan oleh kebenaran, keadilan dan ihsan. Hal ini merupakan nilai yang akan menggerakkan manusia supaya tidak melakukan sebarang kezaliman, termasuk kezaliman di atas diri sendiri iaitu dengan melakukan sebarang kemungkaran.
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, kecuali untuk kebenaran …’’ Surah al-Hijr(15): 85
Jikalau segala ciptaan adalah atas asas kebenaran, maka manusia yang tergolong dalam penciptaan ini juga harus menegakkan kebenaran. Oleh itu tentulah kebenaran ini menuntut supaya pengurusan itu dilaksanakan atas kebenaran juga. Implikasinya ialah, segala fakta yang dikemukakan haruslah benar. Harus wujud keterbukaan atau ketulusan dalam pengurusan, tidak ada orang yang harus menolak kebenaran walaupun menjejaskan kedudukan atau perasaan mereka. Segala perkaraharus diteliti dengan halus supaya kebenaran akan timbul, dan bukan boleh diselindung atau “disapu di bawah tikar”. Kebenaran harus dituntut atau dicari walaupun ia akan memakan masa, belanja, atau tenaga yang banyak.
Al Quran menyenaraikan dua sifat utama berhubung dengan etika perniagaan dalam Islam iaitu adil dan ihsan.
Firman Allah S.W.T. bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”. ( An Nahl:90)
Seterusnya ialah nilai keadilan. Adil dari segi bahasa ialah meletakkan sesuatu ke tempat asalnya.
Dalam pengurusan, nilai adil adalah sesuatu yang wajib diterapkan dalam setiap insan kerana seseorang yang mengurus sesuatu perkara tanpa bersikap adil maka pelbagai musibah mahupun bencana pasti akan melanda.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah an-Nisa (4): 58
Takrif adil yang diberi oleh Allah seperti yang tersebut dalam maksud ayat di atas ialah meletakkan sesuatu (amanat) itu pada yang berhak menerimanya adalah suatu takrif yang begitu luas, termasuk dalam melantik manusia ke jawatan tertentu, menghukum, mengagih harta atau sesuatu yang patut diagihkan seperti tugas dan tanggungjawab, dan sebagainya. Adil juga membawa erti melakukan sesuatu itu pada peringkat yang paling minimum.
Ihsan pula bermaksud melakukan sesuatu yang lebih dari taraf adil. Selain itu, ihsan juga bermaksud mengenalpasti kelemahan untuk membaikinya dan bukan untuk mencacinya. Ihsan bukan sahaja bermaksud melakukan sesuat dengan cara yang terbaik atau cemerlang. Bahkan ihsan menuntut supaya segala yang dilakukan itu harus melebihi dari taraf yang ditetapkan atau taraf adil. Ini merupakan suatu rangsangan kepada kita untuk sentiasa mencari jalan bagaimana meningkatkan setiap usaha yang kita lakukan bagi mencapai kecemerlangan. Pengurusan yang melaksanakan ihsan ini akan sentiasa mencari kebaikan orang dan bukan keburukan atau kelemahan orang.
PENGURUSAN BARAT DAN JEPUN
BARAT
Pengurusan di barat sangat mementingkan nilai individualisme dan kebebasan hidup individu.
Selain itu, nilai kepimpinan berasaskan profesional juga dilaksanakan oleh mereka. Kepimpinan menggalakkan kepada perkembangan inisiatif dan kreativiti individu serta memberi penumpuan kepada perhubungan tugas dalam organisasi. Akhir sekali, barat mengamalkan pengurusan mengikut objektif tugas organisasi.[7]
JEPUN
Pengurusan Jepun pula mementingkan kejayaan kelompok atau berkumpulan. Mereka juga berkepimpinan bercirikan masyarakat pekerja dan juga kepimpinan memberi penumpuan kepada pembinaan kekuatan kumpulan. Tambahan lagi, negara Jepun sangat memberi penumpuan kepada perhubungan kemanusiaan di kalangan pekerja malahan pengurusan secara muafakat dan persetujuan bersama diamalkan.[8]
Antara Sarjana Islam Mutakhir
Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi
Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi merupakan salah seorang sarjana Islam. Beliau dilahirkan pada 23 November 1914. Tempat lahir beliau ialah di Takia Kala, Rae Berily, India. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Aliy al-Hasani. Beliau merupakan bekas pelajar perubatan graduan di Universiti Lucknow. Antara karya agung sepanjang hidup beliau ialah “Apakah kerugian dunia akibat kemunduran umat Islam.
Sarjana pemikir Barat
Peter Ferdinand Drucker
Belia dilahirkan pada 19 November 1909 di Kaasgraben, Vienna, Austria. Beliau merupakan seorang penulis yang mana bukunya sering menulis tentang bagaimana pengurusan manusia pada setiap sektor masyarakat, perniagaan, dan pemerintah. Antara karya terbaik beliau ialah “Reflections of a Social Ecologist” [9]
John C. Maxwell
John C. Maxwell dilahirkan di Garden City, Michigan pada 1947. Graduan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Ohio Christian pada 1969. Antara karya terbaik beliau ialah “There’s No Such Thing as Business Ethics (There’s Only ONE RULE for Making Decisions).”
Jurji Zaydan Antara sarjana Islam mutakhir adalah Jurji Zaydan. Tarikh lahir beliau ialah 14 Disember 1861. Beliau dilahirkan di Beirut. Antara karya teragung yang ditulis sepanjang hidup beliau ialah al-Hilal.
Sumber Pengurusan Islam
Sumber Primer
Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama dalam aspek pengurusan Islam. Ianya menjadi sumber rujukan yang paling penting dan utama. Hal ini adalah kerana kebenarannya yang telah terbukti. Al-Quran merupakan kitab Allah yang mengandungi ajaran yang syumul untuk kemashlahatan seluruh umat manusia. Terdapat ayat-ayat dan peraturan yang berkaitan dengan tatacara kehidupan bermasyarakat yang mencangkupi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial dan pendidikan termasuklah pengurusan. Al-Quran merupakan salah satu mukjizat Rasulullah S.A.W. Al-Quran diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan di Mekah dan Madinah. Bahasa Al-Quran ialah bahasa Arab kerana nabi Muhammad S.A.W berbangsa arab Quraisy Mekah. Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai rasul ketika berumur 40 tahun. Al-Quran mengandungi 30 juzuk serta 666 ayat. Menekankan nilai kebenaran, keadilan dan ihsan.
As-Sunnah (Hadith)
Sumber primer yang kedua ialah Sunnah Rasulullah S.A.W. juga dikenali sebagai Hadis. Hadis ditakrifkan sebagai perbuatan, pengakuan dan perkataan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bukan sahaja model sahsiah bagi umat Islam bahkan beliau juga merupakan pentadbir, pemimpin dan ahli strategis yang cukup unggul. Hadis tidak bersifat ketinggalan zaman. Ianya sesuai digunakan dalam menjawab segala persoalan yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran. Pentadbiran Rasulullah s.a.w. mudah (tidak canggih) mengikut keadaan dan persekitaran pada masa itu. Hadis Nabi yang kerap didengari diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dan Tarmizi Ahmad. Salah satu faktor mengapa kita perlu mengikuti sunnah Nabi adalah kerana sikap, sifat atau tingkah lakunya yang berakhlak mulia yang harus dicontohi. Selain itu, baginda juga mempunyai hati yang suci murni. Baginda tidak pernah melakukan maksiat serta dosa. Walaubagaimanapun, baginda tetap menunaikan ibadah tidak kira wajib atau sunat. Baginda bersifat suci murni kerana hati baginda sudah dibersih serta disucikan menggunakan air zam zam oleh malaikat semasa malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Sumber sekunder
Para sahabat Rasulullah S.A.W (khulafa Ar-Rasyidin)
Khalifah Ar-Rasyidin ialah empat orang sahabat Rasulullah yang memimpin kerajaan Islam setelah kewafatan Rasulullah. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan Uthman bin Affan. Pemerintahan mereka adalah selama 29 tahun. Sepanjang pemerintahan mereka, mereka telah banyak membuat perubahan serta kemajuan kepada wilayah-wilayah Islam dibawah pimpinan mereka. Sistem pengurusan mereka hendaklah dicontohi kerana begitu cekap dan teratur. Khulafa ar-Rasyidin yang pertama ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu selama 2 tahun. Antara cara pengurusan beliau yang patut dicontohi ialah mengirim tentera ke Qudha‘ah dan Abna di Syria serta mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur. Beliau juga berjasa dalam menghapuskan gerakan nabi-nabi palsu. Khalifah yang kedua ialah Saidina Umar Al-Khattab merupakan yang paling terserlah dan terkenal. Pentadbirannya telah dianggap mendahului zamannya. Contohnya, melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi iaitu dengan mengadakan cukai tanah & jizyah. Dengan itu, taraf dan hak awam diberikan sama rata. Selain itu, beliau juga telah menubuhkan jabatan seperti jabatan tentera, polis, dan percukaian. Penubuhan Jabatan Kehakiman dan dilantik hakim bergaji bulanan. Seterusnya ialah Saidina Uthman bin Affan. Pimpinan beliau adalah selama 12 tahun. Ciri-ciri pimpinan beliau ialah banyak melakukan perluasan kuasa dan berjaya menakluki Cyprus, Afghanistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Khulafa ar-Rasyidin yang terakhir ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Antara kepimpinan beliau ialah menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki. Ciri pengurusan kepimpinan khulafa ar-Rasyidin amatlah sesuai dijadikan sebagai aras panduan dan contoh kepimpinan kita.
Ilmuan Pengurusan Islam
Pemikiran klasikal beberapa ilmuan islam yang telah menulis dan mengkaji tentang ilmu pentadbiran dan kepimpinan. Antaranya ialah Ibnu Khaldun (Muqadimmah), Abu Yusuf (Kitab al-Kharaj) dan Al-Mawardi (Al-Ahkam as-Sultaniyyah). Kitab Ibnu Khaldun iaitu Muqadimmah menjelaskan perihal mendalam tentang falsafah sejarah, sains sosial dalam sosiologi, demografi dan ekonomi. Selain itu, Muqaddimah juga menjelaskan tentang teori politik dalam Islam. Beliau menulis buku ini pada 1377 dan merupakan buku tulisannya yang pertama. Seterusnya ialah kitab Al-Kharaj iaitu tulisan Abu Yusuf yang sebenarnya ditulis atas arahan Khalifah Harun Al-Rasyid. Kitab Al-Kharaj membicarakan tentang pemikiran ekonomi Islam. Kemudian Imam Al-Mawardi. Kitab beliau kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah menjelaskan tentang proses kerja kerajaan Islam dan teori keberkesanan sistem pengurusan kerajaan Islam. Mengapa kita perlu mengambil perhatian akan cara pengurusan para ilmuan pemikir Islam? Kerana sudut pandangan mereka dari semua segi telah mereka titikberatkan dalam semua aspek pengurusan. Mereka telah jauh memandang dan mendalami pengalaman semasa pemerintahan besar kerajaan Islam.
Pemikiran atau tulisan ilmuan kontemporari Islam
Menggunakan konsep Ijtihad dan Ijmak dalam Islam. Pintu Ijtihad tidak boleh ditutup kerana ia akan menyebabkan kemunduran dan menggelapkan masa depan. Definisi Ijtihad itu sendiri ialah usaha seseorang mujtahid dalam mengerah segala kemampuan yang ada untuk memperolehi hokum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf melalui cara yang ditetapkan oleh syarak. Melalui kekuatan ijtihad sahaja kita akan mampu menelurkan idea-idea besar untuk mempersiapkan ummah ini menghadapi cabaran-cabaran rencam pada masa depan. Ijmak pula diertikan sebagai konsensus atau kesepakatan pendapat di kalangan golongan ulama dan umat seluruhnya mengenai sesuatu perkara.
Pemikiran dari para ilmuan dari barat atau timur
Para pemikir bukan islam telah membina satu disiplin ilmu pengurusan yang begitu luas dan mantap.[10] Kejayaan umat islam dahulu pada zaman kegemilangan mereka sebahagiannya adalah berpunca daripada kebijaksanaan golongan ilmuan Islam itu meminjam idea-idea dari tamadun Yunani serta Parsi dan menyesuaikannya dengan falsafah atau prinsip-prinsip Islam.
Ulasan:
pengurusan dan pentadbiran adalah dua perkara yang sama tapi membawa maksud yang berbeza dan aspek yang berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian daripada pengurusan. Manakala, pengurusan lebih umum daripada pentadbiran. Pengurusan ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif tertentu yang telah ditetapkan. Kewujudan organisasi sebagai penggerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran. Perihal pengurus yang semestinya adil dan saksama. Selain itu, adalah juga penting untuk kita menitikberatkan sumber-sumber yang digunakan dalam aspek pengurusan. Sumber utama yang digunakan dalam pengurusan atau juga disebut sebagai sumber primer ialah Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber utama dalam menyelesaikan kemashlahatan yang berlaku dalam bidang pengurusan. Seterusnya ialah sumber sekunder. Sumber sekunder ialah sumber yang kedua yang digunakan sebagai rujukan. Antara sumber sekunder ialah para sahabat Rasulullah S.A.W (Khulafa Ar-Rasyidin), Ilmuan pengurusan Islam, pemikiran atau tulisan para ilmuan kontemporari Islam dan pemikiran dari para ilmuan dari Barat dan Timur. Kemudian, objektif dalam pengurusan ialah melaksanakan undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan manusia, memakmurkan bumi Allah, disamping melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah dengan adil dan saksama.
RUJUKAN
Buku
Pengurusan dan Pentadbiran: Mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai, 1998. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mengurus Secara Islam, 1991. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Pengurusan Dalam Islam, 1991. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pengurusan Islam Abad Ke 21, 1996. Kuala Lumpur: TINGGI PRESS Sdn. Bhd.
Pengurusan Islam, 1994. Kuala Lumpur: TINGGI PRESS Sdn. Bhd.
Internet
Peter F. Drucker Management Expert, Author and Teacher. (2013). Dari www.cgu.edu.
Muhammad Imaduddin. (2012). 10 Mac 2012, dari www.ustazimad.com .
[1] Syed Othman Alhabshi dan Hamiza Ibrahim, 1998. Pengurusan dan Pentadbiran: Mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hlm. 2.
[2] Ibid, hlm. 24.
[3] Mustafa Haji Daud, 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributions Sdn. Bhd. hlm. 1.
[6] Ibid , hlm. 13.
[9] Peter F. Drucker Management Expert, Author and Teacher. (2013). Dari www.cgu.edu.
[10] Pengurusan Islam Abad Ke 21, 1996. Kuala Lumpur: TINGGI PRESS Sdn. Bhd. m.s. 56-65.
[11] Muhammad Imaduddin. (2012). 10 Mac 2012, dari www.ustazimad.com .
Mantap, minta izin saya jadikan ini sebagai rujukan final assignment saya. Terima Kasih
ReplyDelete